Blog ini dihasilkan untuk memberi info kepada pelajar berkenaan dengan mata pelajaran yang diajar terutama sekali dalam mata pelajaran Geografi. Penggunaan blog dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) diharapkan dapat merangsang minat pelajar dan mewujudkan P&P yang lebih berkesan. Blog ini boleh dijadikan sebagai rujukan serta sumber untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu semasa mengenai alam sekitar. Blog ini juga dijadikan sebagai medan perkongsian maklumat pelbagai pihak sama ada antara pelajar dengan pelajar mahupun guru dengan pelajar. Justeru, adalah diharapkan melalui penggunaan blog ini percambahan ilmu dapat diwujudkan, sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam mata pelajaran geografi.
No comments:
Post a Comment